Tatatertib kajian paranormal.
January 1st, 2008 by Arwin John.
Kunci paling utama yang harus
ada bagi seseorang menjalankan kajian ialah minda yang terbuka dan
positif. Mengikut pengkaji-pengkaji lain terdapat beberapa
tatatertib yang harus diikuti semasa menjalankan kajian untuk
menentukan kejayaan dalam sesuatu penyelidikan iaitu:
Persedian Individu.G
Berfikiran positif dan terbuka.
Memberi salam atau
memperkenalkan diri kepada roh di kawasan kajian.
Memberi sekurang-kurangnya 5
hingga 10 minit kepada roh di kawasan kajian mengenali diri kita.
Sentiasa berfikiran positif
dan percaya bahawa apapun kita pasti dapat memperolehi gambar
paranormal.
Jangan lupa membawa pengenalan
diri anda.
Persediaan peralatan.
Terpulang kepada anda apa yang anda
hendak bawah, bagi saya peralatan yang saya biasa bawa:
Lampu suluh.
Kompas.
Kamera Digital dengan Lampu
Luaran.
Kamera Video dengan lampu
luaran @ Lampu luaran Infra Red.
Pen dan Buku Catatan – Log
mula kajian dan juga catatan perkara log aktiviti.
Perakam suara – Kadang-kadang
sahaja saya bawa.
Sebenarnya jika banyak peralatan yang boleh digunakan untuk
melaksanakan kajian paranormal tetapi harga adalah sangat mahal
seperti Infra Red Scanner dan Infra Red Termel. Jika anda
melaksanakan kajian secara sendirian kurangkan peralatan kerana
terlalu sukar untuk menyelenggarakannya.
Semasa Di Kawasan Kajian.
Sentiasa berfikiran positif
dan terbuka.
Jangan berlari atau
berlari-lari di kawasan kajian.
Sentiasa bersikap hormat.
Ingat bahawa roh di kawasan kajian adalah manusia yang mempunyai
perasaan cuma tidak mempunyai tubuh.
Ambil gambar sebanyak yang
boleh. Fokus lampu dalaman kamera biasa adalah di antara 4 hingga 12
kaki. Jadi, ambil gambar dalam lingkungan ini.
Tali kamera harus dipegang
atau diletakkan pada leher. Jika rambut anda panjang pastikan anda
ikat.
Semasa Meninggalkan Kawasan Kajian.
Selepas selesai mengambil gambar,
ucapkan terima kasih kepada roh yang terdapat di kawasan kajian.
Beri salam terakhir dan minta diri
untuk pulang sebagaimana anda memberi salam dan meminta diri kepada
rakan-rakan anda.
Sepanjang pengalaman saya semasa
menjalankan kajian memang saya merasakan bahawa ada roh yang suka
mengusik terutama sekali kali pertama kita memasuki kawasan
berkenaan. Tetapi dalam pengalaman saya, terdapat pokok yang
digoncang di hadapan saya walaupun tidak berangin. Sebenarnya ini
adalah peluang untuk melihat sendiri dan mengalami bagaimana dunia
paranormal berhubung dengan kita. Biasanya tindakan yang saya ambil
saya memberi salam dan memperkenalkan diri kepada roh berkenaan dan
biasanya akan hilang begitu sahaja.
Biasanya penampakan sering saya lihat
apabila membuat rakaman video. Tetapi pada masa ini biasanya saya
akan berdiam diri dan menumpukan perhatian terhadap apa yang saya
lihat melalui skrin dan meneruskan rakaman.
Perkara
yang perlu dielak semasa menjalankan kajian paranormal
January 1st, 2008 by Arwin John.
Sebagai pengkaji alam paranormal terdapat beberapa perkara yang
harus dielakkan. Malahan protokol dan standard menjalankan
penyelidikan paranormal ini saya pelajari daripada pengalaman dan
juga dari protokol dan standard daripada IGHS.Mengikut
pengkaji-pengkaji profesional dan juga Standard dan Protokol kajian
IGHS terdapat beberapa perkara yang harus dielakkan:
Jangan menjalankan kajian semasa kurang sihat atau emosi
tidak tenteram kerana aura perlindungan kita akan berkurangan.
Jika anda marah jangan keluar ke kawasan kajian kerana
perasaan marah akan menyebabkan roh di kawasan kajian turut marah.
Jangan membawa seseorang yang mempunyai emosi yang tidak
tenteram atau marah kerana akan menarik tenaga jahat dan roh lain
akan mengelakkan diri daripada roh yang sedang marah.
JANGAN SEKALI-KALI MEMBAWA SESEORANG YANG TIDAK PERCAYA
kewujudan roh atau hantu.
Jangan sekali-kali mengambil minuman keras atau dadah sebelum
menjalankan kajian.
Selamat berjaya dalam kajian paranormal. Hanya
orang yang benar-benar mencari jawapan dunia misteri akan
memperolehi jawapan! - Sila baca
Standard dan Protokol untuk
tambahan maklumat atau
sila baca
soalan-soalan yang sering ditanya.
GOOD LUCK IN YOUR PARANORMAL
RESEARCH. ONLY PEOPLE WHO ARE TRULY SEEKING AND FINDING THE ANSWERS
OF THE MYSTERY WORLD WILL GET THE ANSWER! PLEASE READ THE
STANDARDS AND PROTOCOLS
FOR ADDITIONAL INFORMATION OR PLEASE READ THE
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS SECTION
(FAQ).
